Warna satu anugerah ILAHI
Foto 1 : Aurora over Alaska (gambar hiasan)
Warna adalah anugerah ILAHI kepada manusia. Alam ini diwarnakan dengan begitu indah. Tanpa warna alam ini akan jadi satu tempat yang paling membosankan untuk didiami. Bayangkan tv kita hitam putih saja. Jika ada yang berwarna kita pasti memilih yang berwarna.
Tujuh warna aura, biru kundang, biru tua, biru laut, hijau, kuning, oren dan merah, warna-warna ini melingkari tubuh setiap manusia tanpa dapat dilihat, tetapi ia wujud. Jika betul kedudukan warna-wara ini pada bahagian-bahagian tubuh, ia menjadi perisai diri, penebat pada emosi yang terbelah.
- Biru Kundang di puncak kepala
- Biru tua di anak rambut
- Biru laut di dahi
- Hijau di pangkal leher
- Kuning di dada
- Oren di atas pusat
- Merah di bawah daripada pusat
Marilah kita memanfaatkan satu lagi anugerah ILAHI untuk membantu meningkatkan kecemerlangan emosi kita iaitu warna.
* dipetik dari buku Membina Personaliti Terbilang - DR HM TUAH ISKANDAR al-Haj
0 ulasan:
Catat Ulasan