Assalamualaikum dan salam pertemuan untuk kali ini :) tahukah anda bahawa Roselle merupakan diantara kandungan terpenting dalam ramuan Coffee Energy Optimum .... atau lebih kita kenali sebagai kopi CEO AuraLife...
Foto 1 Buah Roselle
Buah Rosel yang dikenali dengan nama saintifiknya Hibiscus sabdariffa L, kaya dengan vitamin C. Antioksida yang terkandung Vitamin C membantu mencegah sel-sel tubuh daripada kerosakan akibat tindak balas kimia dan radikal bebas di dalam tubuh.
Vitamin C yang terkandung di dalamnya membuatkan Rosel berupaya mencegah pemendapan kolestrol tidak baik pada dinding ateri yang mengakibatkan penyakit arteriosklerosis dan thrombosis (Sumber : Majalah Harmoni ; 1 - 15 Jan 2009).
Rosel turut menguatkan imuniti badan. Jika diamalkan secara berterusan, ia membantu mengatasi alahan dan asma, hidung tersumbat dan gatal-gatal di bahagian muka. Selain itu, buah Rosel bukan sahaja sedap dibuat minuman malah ia juga boleh direbus dan air rebusan tersebut mampu membantu melawaskan pembuangan air kecil, mengurangkan kolestrol dalam darah.
0 ulasan:
Catat Ulasan